Friday 5 January 2018

{TRAVELOG} MENARIK DI KUCHING, SARAWAK Part II

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Hai semua. apa khabar ya. Saya harap anda sihat sejahtera, kaya, dan gembira sentiasa. Okey. Kalau hari tu saya dah ceritakan tentang apa yang korang boleh lakukan dalam jangka masa 3 hari dan 2 malam sepanjang berada disini, jadi hari ini saya ingin berkongsikan tentang apa yang menarik yang terdapat di Kuching, Sarawak.

Anda dah sedia? Okey teruskan membaca artikel dibawah :

1. Annah Rais Bidayuh Longhouse, Padawan


Rumah panjang Annah Rais terletak di Padawan lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Apa yang uniknya disini, anda boleh melihat struktur binaan yang mengunakan buluh sebagai lantai. Rumah panjang ini dihuni oleh masyarakat Bidayuh (Land Dayak of Borneo) 

Tarikan utama disini selain daripada seni bina dan strukturnya, anda akan dapat merasai sendiri pengalaman berada diatas rumah panjang, melihat cara hidup dan budaya mereka dan pelbagai lagi. Disini juga terdapat sebuah rumah dikenali sebagai "panggah" atau the head house. Terdapat satu tempat yang mana mereka menyimpan tengkorak yang dipercayai kepala musuh yang telah mereka tewaskan dan simpan atas faktor kepercayaan mereka. Nak tahu lebih lanjut anda kena datang dan lihat sendiri ya. Bayaran masuknya pula hanya RM9.00 seorang bagi dewasa dan RM4.00 seorang bagi kanak-kanak ya.

Okey, kalau dah puas berada disini anda juga boleh pergi ke Annah Rais Hot Spring. Jaraknya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja ya. Uniknya disini ialah, kolam air panas terletak ditengah-tengah aliran sungai. Pelikkan?

Okey bayaran masuk hanya RM5.00 seorang. 

2. Kubah National Park, Matang



Bagi anda yang meminati aktiviti lasak dan lebih mencabar, anda boleh mencuba untuk melakukan aktiviti hiking dibeberapa taman negara yang terdpat di Kuching, Sarawak dan salah satunya, Taman Negara Kubah. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang tiga puluh hingga empat puluh lima minit dari Bandaraya Kuching. Kalau anda tidak tahu lokasinya, anda boleh 'pin' lokasi Taman Negara Kubah. Setibanya anda disana, anda perlulah mendaftar nama di kaunter pendaftaran dan bayaran yang dikenakan RM10.00 bagi warga tempatan dan RM20.00 bagi pelancong asing.

Selepas itu anda boleh memulakan pendakian awal melalui jalan raya terlebih dahulu. Jaraknya lebih kurang dalam dua kilo meter dengan berketinggian 900 kaki dari aras laut.


Kalau anda nak pergi ke air terjun, anda boleh mulakan perjalanan anda melalui tanda "Waterfall Trail" lebih kurang 1600 meter dan akan mengambil masa selama 1 jam. Laluan yang agak mencabar yang mana anda perlu turun dan naik trek yang telah disediakan, melalui banir-banir pokok yang agak besar dan laluan yang sedikit sempit dan licin.



Dan hasilnya, anda akan dapat melihat air terjun seperti dibawah :








Okey. Kalau dah nak balik jangan lupa anda boleh singgah beberapa tempat menarik yang terdapat disana seperti Matang Wildlife Centre (MWC) dan makanan laut di Kampung Telaga Air. Alang-lang dah sampaikan. Betul tak? hehehe...

3. Santubong Wildlife Cruise, Santubong


Aktiviti ini saya pasti tidak ramai yang mengetahui atau pun yang pernah mencuba. Kebiasaannya, "cruise" ini akan bermula pada jam 5.00 petang yang mana semua pelancong akan dibawa oleh saya ke 'Boat Club'. Kita naik private boat tau. Okey. aktiviti ini mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat jam dan ia juga bergantung kepada cuaca kerana ia bagi memastikan keselamatan pelancong terjamin selain berpeluang mencari dan melihat keunikan flora dan fauna yang terdapat disini.

Tarikan utama disini ialah, anda berpeluang untuk melihat spesis ikan dolphin (Irrawady Dolphin), monyet belanda (Probocis Monkey), buaya air masin (Wild Crocodile) dan kelip-kelip (Firelies). Jika anda bernasib baik anda boleh melihat kumpulan ikan-ikan ini akan berenang dibersebelahan bot anda .

Bayaran untuk tiket lawatan, pengankutan, bot serta pemandu bot ialah RM200.00 seorang Dewasa dan Rm75.00 seorang bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun.




 4. Taman Negara Bako

Terletak di Kampung Bako berhampiran Muara Tebas. Taman Negara Bako juga merupakan tempat yang menarik sekiranya anda berminat dengan aktiviti pendakian 'hiking'. Disini terdapat pebagai tarikan flora dan fauna, dan juga pelbagai jenis batuan yang menyerupai pelbagai bentuk akibat daripada proses hakisan laut. 



Anda juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis hidupan liar secara bebas tetapi awas ya, jangan pula anda ganggu, takut nanti timbul masalah. hahaha..


Untuk ke Taman Negara Bako, anda perlu mendaftar dikaunter pendaftaran di Kampung Bako dan ambil bot dari sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit mengikut keadaan cuaca dan ombak. Jika anda ingin bermalam disana pun tidak menjadi masalah kerana di Taman Negara bako turut disediakan pelbagai jenis penginapan termasuklah tapak untuk perkhemahan 'camp site'.

Okey. sebelum anda pulang ke bandaraya Kuching, dan sekiranya anda pengemar makanan laut, anda boleh menuju ke Kampung Muara Tebas kerana  disitu terdapat dua restoren yang menghidangkan makanan laut yang segar dengan harga yang berbaloi. Maaf tiada gambar dalam simpanan, tetapi jika anda pengemar ketam khususnya ketam nipah, disana adalah syurga ketam.

Okey, cukup rasanya perkongsian untuk kali ini. In Sha Allah untuk part yang seterusnya saya akan berkongsikan lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh dan harus anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Kuching, Sarawak. 

Tips Travel Kali Ini

1. Pilih pakaian dan kasut yang sesuai.
2. Bawa topi atau alat melindungi kepala anda daripada hujan dan panas matahari.
3. Minum air masak secukupnya bagi mengelakkan berlakunya 'stroke haba'
4. Pastikan anda mendapat rehat secukupnya sebelum melakukan sebarang aktiviti.



Sekian, Terima Kasih. 

Nak tahu lebih informasi tentang tempat percutian menarik di Kuching, Sarawak? Jom Like dan Kongsikan page facebook kami dengan rakan-rakan dan keluarga anda https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial

No comments:

Post a Comment