Wednesday 24 January 2018

TIPS UNTUK ANDA YANG AKAN BERCUTI KE LUAR NEGARA BUAT KALI PERTAMA.

Anda sudah mempunyai perancangan untuk bercuti "Travelling" ke luar negara? Jika ini merupakan kali pertama anda akan keluar negara, sudah pasti anda akan khuatir tentang beberapa perkara. Pelbagai persoalan akan timbul tentang keperluan, apa yang harus dipersiapkan dan sebagainya. Jangan bimbang!!! Jom lihat 6 tips yang kami sediakan untuk membantu anda membuat persiapan  dan merancang perjalanan anda ke luar negara .

1.Menguruskan Passport Dan Visa. 


Passport merupakan dokumen yang paling penting yang harus anda sediakan. Hal ini kerana, passport ini merupakan 'kunci' akses anda untuk memasuki mana-mana negara yang akan anda lawati. Passport sangat diperlukan mulai saat anda  menempah tiket kapal terbang sehingga sewaktu akan 'check in' dihotel penginapan. Selain itum pastikan segala dokumen penting anda seperti kad pengenalan, dan lain-lain diurus dengan baik agar tidak tertinggal, sebaiknya buat salinan kesemua dokumen penting anda.

Jika anda ingin bercuti ke negara disekitar Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, dan Thailand anda tidak perlu risau tentang visa melainkan anda ingin bercuti ke negara-negara yang memerlukan visa seperti Eropah, Australia, Jepun dan lain-lain.

2. Menempah Hotel Penginapan.


Buat tempahan awal untuk penginapan anda ditempat yang akan anda lawati. Sebaiknya, buat 'survey' terlebih dahulu tentang harga, lokasi, keselamatan dan keselesaan hotel penginapan tersebut. Sekarang tidak susah lagi kerana terdapat pelbagai aplikasi tempahan secara atas talian yang menawarkan tempahan bilik penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang mampu milik.

Beberapa negara juga mewajibkan anda untuk menyatakan alamat tempat anda menginap selama anda pergi bercuti sebagai syarat untuk mengeluarkan Visa.

3. Tukar Wang Negara Yang Anda Lawati


Hal ini juga sangat penting bagi anda yang perlu anda lakukan sebelum pergi bercuti. Buat tukaran awal di negara anda dan carilah money changer atau pengurup wang yang berlesen dan yang terbaik. Hal ini bagi memastikan anda tidak terkejar-kejar dan tercari-cari dimana hendak menukar duit setelah anda tiba dinegara yang anda lawati dan ia juga dapat mengurankan risiko anda ditipu oleh pihak tertentu.

4. Siapkan Itinerary Perjalanan



Namapun kali pertama anda akan pergi bercutikan. Maka, itinerary ini sangat penting untuk anda sediakan, kerana untuk merancang perjalanan dan aktiviti anda semasa sedang bercuti, contohnya masa dan tempat yang anda akan lawati. Selain itu, anda juga boleh merancang pengangkutan yang perlu anda ambil dan harga tiket ke tempat lawatan sekiranya anda mempunyai itinerary perjalan yang terbaik. hal ini sudah pasti akan membantu anda sepanjang percutian anda serta dapat menjimatkan masa dan wang ringgit.

5.Kenali Negara Yang Anda Akan Lawati.


Penting untuk anda mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang negara yang akan anda lawati contohnya budaya mereka, bahasa yang digunakan, cuaca, dan sebagainya. Hal ini kerana selain memudahkan anda ia juga dapat membantu anda dalam sebarang urusan khususnya untuk berkomunikasi dan menghormati masyarakat setempat.

Contohnya, sekiranya anda berkunjung ke sesebuah negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam, maka anda perlu tahu apakah budaya dan cara hidup mereka. hal ini sudah pasti akan membantu anda sepanjang percutian anda berlangsung.

6. Bawa Barangan Penting Sahaja.


Ingat ya. Anda hanya pergi untuk melancong sahaja, bukan untuk berpindah rumah. Maka tidak perlulah anda membawa barangan yang keterlaluan. Packing barangan yang diperlukan sahaja. Cukup dan memadai untuk membawa pakaian yang mencukupi sahaja selain barangan keperluan peribadi seperti alat mandi, alatan untuk mengecas telefon bimbit dan sebagainya.

Sebaiknya, elakkan untuk membawa barang-barang yang terdedah kepada risiko jenayah seperti barangan kemas, alatan eletronik yang keterlaluan dan sebagainya. Bawa sahaja yang anda perlu dan yang anda rasakan perlu digunakan sahaja.

Okey. Cukup setakat ini sahaja kali ini. In Sha Allah kami akan kongsikan lagi tip-tip lain khas untuk anda ya. In Sha Allah.


Mohamad Fikri Bin Zainol Majid

Kongsikan Jika Bermanfaat. Jangan Lupa Ya Like, Share dan Follow Page Facebook Kami https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial

Anda Sedang Mencari Kereta Untuk Disewa Di Kuching, Sarawak? Sila Like dan Follow Page Facebook Kami  https://www.facebook.com/KhaimalCarRentalKuching/

Baca Juga Pakej Percutian Yang Kami Tawarkan : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=191212021463361&id=157301168187780


Sunday 14 January 2018

Pakej Percutian Ke Kundasang Dan Ranau - KHAIMAL Travel and Tours

PAKEJ PERCUTIAN KE KUNDASANG-RANAU


Bagi anda yang sedang merancang percutian ke Kota Kinabalu- Kudasang, Sabah. Kini anda tidak perlu lagi risau. Kami di KHAIMAL Travel & Tours (KPK/LN8734)(MA5644) bukan hanya menyediakan pakej percutian ke Kuching, Sarawak sahaja , malah telah mengembangkan sayap kami dengan menyediakan pakej percutian menarik di sana.

DAY 01 : kETIBAAN DI KOTA KINABALU / SIGNAL HILL / PEKAN NABALU / SIGNAL HILL (L/D)

- Ketibaan Di Kota Kinabalu
- Signal Hill
- Makan tengah hari
- Pekan Nabalu
- Check In Pine Resort
- Aktiviti Bebas.
- Makan Malam

DAY 02 : LADANG TEH SABAH / TAGAL MOROLI LUANTI / KOLAM AIR PANAS PORING / PINE RESORT (B/L/D)

- Ladang Teh Sabah
- Tagal Sungai Moroli "Fish Spa"
- Makan Tengah hari
- Kolam Air Panas Poring
- Rehat
- Makan Malam
- Aktiviti Bebas dan Santai

DAY 03 : LADANG TENUSU LEMBU / TAMAN KINABALU / RUMAH TERBALIK / BERLEPAS (B)

- Daftar keluar
- Ladang Tenusu " Sabah Little New Zealand"
- Pekan Kecil Kundasang
- Taman Kinabalu
- Rumah Terbalik Tamparuli
- Bertolak ke lapangan terbang.

PAKEJ TERMASUK :

- Penginapan 2 Malam di Pine Resort
- Van Termasuk Pemandu
- Tiket Masuk Tempat Lawatan
- Makan dan Minum seperti dalam jadual.

LAIN-LAIN PAKEJ :

- 4 Hari 3 Malam Kundasang- Ranau
- 5 Hari 4 Malam Kundasang- Ranau dan Pulau.

HUBUNGI KAMI :

Like & Share Our Facebook Page KHAIMAL Travel & Tours
Google Site : https://g.co/kgs/a7CS3Z
🏢KHAIMAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
🏣(1237072-V) (KPK/LN: 8734) (MA5466)
📲TEL NO : +60197143934
📧EMAIL : fikrimajid@khaimalcarrental.com

Pakej Ke Kuching - KHAIMAL Travel and Tours

PAKEJ KE KUCHING, SARAWAK.




Pakej ke Kuching ini merupakan pakej utama yang dikendalikan oleh pihak kami sepanjang tahun. KHAIMAL Travel & Tours dikendalikan oleh soerang bekas pelajar Universiti Malaysia Sarawak yang juga telah  tinggal di Kuching, Sarawak hampir 8 tahun dan memahami jenis percutian, aktiviti serta beberapa tempat serta lokasi yang menarik yang boleh dilawati disini.


Sekiranya anda sedang merancang dan mencari pakej percutian muslim yang lebih mengutamakan keselesaan, keselamatan serta pengalaman yang menarik melancong pada kadar harga yang ekonomi , maka marilah melancong bersama KHAIMAL Travel & Tours (KPK/LN8734)(MA5644).



Harga seorang bermula hanya RM550.00 SAHAJA untuk Pakej 3 Hari 2 Malam !!!...

ATURCARA PROGRAM.


Day 01 : (L/D)

- Ketibaan di Kuching, Sarawak.
- Taman Buaya Jong dan Mini zoo.
- Pusat  pemuliharaan orang utan Semenggoh
- India Street & Main Bazaar
- Sarawak Traditional Cruise
- Check in hotel penginapan.

Day 02 : (B/L/D)
- Kampung budaya Sarawak
- Muzium kucing dan Galeri DBKU
- Galeri Brooke
- Taman Orkid DBKU
- Jambatan Darul Hana 'Golden Bridge'
- Kek Lapis Sarawak

Day 03 : (B/L)
- Kuching City View
- Pasar Serikin
- Kilang pasu Sarawak 'Top Deco'
- Sin Piao

PAKEJ TERMASUK :

- Penginapan 2 Malam Double/Twin Room.

- Makanan seperti dalam jadual.
- Pengangkutan Van 10 tempat duduk termasuk pemandu cum pemandu pelancong.
- Tiket lawatan seperti dalam jadual.

PAKEJ TIDAK TERMASUK :

- Tiket kapal terbang (atas permintaan)

- Insurans pelancongan (atas permintaan)
- Wang saku dan perbelanjaan peribadi.
- Perkara lain selain seperti dinyatakan dalam jadual.

TERMA DAN SYARAT :


- Deposit minima RM100/orang .
- Bayaran terakhir adalah dalam tempoh 14 hari (Tanpa tiket penerbangan) dan 45 hari (Termasuk tiket penerbangan) sebelum tarikh perjalanan.




TESTIMONI KAMI :












































BERHUBUNG DENGAN KAMI :


Google Site : https://g.co/kgs/a7CS3Z
🏢KHAIMAL TRAVEL & TOURS SDN BHD


🏣(1237072-V) (KPK/LN: 8734) (MA5466)

📲TEL NO : +60197143934 







Saturday 13 January 2018

[TRAVELOG] KEUNIKAN GUA ANGIN & GUA PARI DI KUCHING, SARAWAK

Hai, ada yang tanya saya, mereka ni gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah ke gua-gua. Jadi mereka tanya saya disini ada tak gua-gua atau tempat yang sesuai untuk aktiviti mereka. Jawapan saya, YA! Memang ada. Jom baca artikel yang saya sediakan dibawah ya :

1. Gua Pari "Fairy Cave"


Fairy Cave atau turut dikenali sebagai Gua Pari, terletak dikawasan bekas tapak perlombongan emas di daerah Bau iaitu lebih kurang 40km daripada Bandaraya Kuching. Ia juga merupakan bekas kubu yang dibina oleh tentera Jepun semasa pendudukannya pada tahun 1941. Tentara Jepun membina kubu ini untuk mempertahankan diri mereka dari serangan musuh tetapi kemudian meninggalkan mereka setelah perang tamat. Walaupun jauh lebih kecil daripada gua yang terdapat di Niah dan Mulu, Gua Pari mempunyai pesona, keunikannya, serta tarikannya yang tersendiri.

Gua Pari memiliki lubang gua yang mana membenarkan cahaya matahari untuk menembusi kedalam gua. Hal ini menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan dapat hidup dan tumbuh didalamnya dan menjadikan ia semakin menarik untuk dilawati. Dibuka pada Isnin hingga Ahad dan pada cuti umum bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Bayaran masuk yang dikenakan ialah : 

Warganegara Malaysia:
* Percuma bagi kanak-kanak dan Orang kelainan upaya (OKU) 
* RM1.00 Dewasa

Bukan Warganegara Malaysia
* Percuma bagi Kanak-kanak 6 Tahun Kebawah
* RM2.00 Kanak-kanak 7-18 Tahun
* RM3.00 Orang Kelainan Upaya (OKU)
* RM5.00 Dewasa






Sebelum balik jangan lupa untuk mengabadikan segala kenangan anda dihadapan pintu masuk gua dan sekitarnya ya.





2. Gua Angin "Wind Cave"

Gua Angin merupakan gua semulajadi yang terletak berhampiran Pekan Bau iaitu lebih kurang 40 kilometer atau lebih kurang 40-45 minit dari Bandaraya Kuching. Lokasinay terletak berhampiran dengan Sungai Sarawak. Ia dikenali sebagai Gua Angin, kerana terowong didalam gua tersebut merupakan laluan keluar masuk angin daripada pintu gua ke satu pintu gua yang lain.

Didalam gua ini akan berpeluang untuk melihat pelbagai jenis bentuk batuan, stalagmit dan juga stalagtit yang dipercayai telah terbentuk hampir 60 juta tahun yang lalu. Didalam gua ini juga anda berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan seperti kelawar, burung layang-layang dan pelbagai lagi. Anda dinasihati untuk membawa lampu suluh "torch light" dan memakai kasut yang sesuai kerana keadaan didalamnya agak gelap dan licin.


Bayaran masuk yang dikenakan ialah sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Anda juga boleh menyewa lampu suluh sekiranya anda tidak memiliki lampu suluh sendiri dengan kadar RM5.00 seunit.

Jika anda bernasib baik anda mungkin akan terserempak dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat dikawasan gua tersebut. Macam saya, semasa trip membawa pelancong daripada Singapura, kehadiran kami disambut oleh seekor ular daun berwarna hijau atau "oriental whip snake".



Jangan lupa ambil sebanyak mungkin gambar sepanjang anda berada disini sebagai kenangan ya!.




Okey. Dah nak balikkan. Selepas selesai menjelajah ke gua-gua ini, dalam perjalan pulang jangan lupa yang singgah di Tasik Biru, Bau. Disini akan berpeluang untuk melihat sendiri dan merasai serta menikmati keindahan tasik yang kebiruan yang juga merupakan bekas tapak lombong emas pada satu ketika dahulu.



Akhir sekali, anda juga boleh berhenti untuk menikmati juadah dan pemandangan pasar malam di "Siniawan Night Market". Saya tidak cadangkan untuk anda makan disini tetapi anda boleh melihat keindahan sebuah tapak pasar malam yang berlangsung dideretan bangunan kedai lama dan bersejarah. Sangat unik, itu yang dapat saya gambarkan. Beroperasi hanya pada hari Jumaat sehingga Ahad bermula jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam sahaja. 





Okey. Sekian sahaja untuk kali ini. Sekiranya anda nak tahu lebih banyak info dan tempat perlancongan atau sedang mencari penyedia pakej yang terbaik sila lawati page facebook kami https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial ya.

Google Site : https://g.co/kgs/a7CS3Z
🏢KHAIMAL TRAVEL & TOURS SDN BHD

🏣(1237072-V) (KPK/LN: 8734) (MA5466)
📲TEL NO : +60197143934 









Anda Sedang Mencari Kereta Sewa Di Kuching, Sarawak ???
Like, Share & Follow Page Facebook https://www.facebook.com/KhaimalCarRentalKuching/
Tempah Sekarang Di : www.khaimalcarrental.com