Sunday 20 May 2018

(MESTI BACA!!!) Antara Aktiviti Yang Perlu Anda Lakukan Sepanjang Anda Berada Di Kuching, Sarawak.

Adakah Anda Sudah Menjejakkan Kaki Ke Kuching, Sarawak?

Ramai yang sering bertanyakan kepada kami, apa isitimewanya Kuching ni? Apa yang ada? Apa yang menariknya disini? Okey!. Jom kita lihat antara aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang kunjungan anda ke sini.

1. Lawatan Ke Jambatan Darul Hana "The Golden Bridge".


Ini merupakan sebuah mercu tanda terbaharu yang terdapat di Tebingan Sungai Kuching "Kuching Waterfront". Dibuka secara rasmi pada tanggal 11 November 2018 dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Taib Mahmud dalam sebuah acara yang sangat meriah.

Keunikan mercu tanda ini boleh dilihat daripada pelbagai segi, bentuknya , kecantikan lampu led pada malam hari serta ia sedikit "bergoyang".

Jadi, tolong jangan lepaskan peluang bergambar di atas mercu tanda ini sekiranya anda telah sampai ke Kuching ya.


2. Lawatan Ke Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dibangunan DBKU ini terdapat dua tarikan iaitu Muzium Kucing dan Galeri DBKU. Jadi bagi anda yang merupakan "pencipta Kucing" bolehlah ke sini kerana terdapat pelbagai jenis replika, dan bahan tontonan yang berkaitan dengan mahluk "bulu's" ini dipamerkan .


Jangan risau kerana masuk adalah "PERCUMA". Tetapi anda cuma perlu membayar Rm3.00 sekiranya ingin menggunakan telefon bimbit bagi mengambil gambar di dalam bangunan berkenaan. Selain itu, latar pemandangan dari atas bangunan ini sangat indah dan anda boleh melihat bandaraya Kuching kerana ia terletak diatas bukit dan anda juga boleh melihat pemandangan Gunung Santubung dari jauh.


3. Taman Negara Bako


Bagi anda  yang sangat meminati aktiviti lasak dan pencipta alam semula jadi, Taman Negara Bako salah satu tempat yang sesuai untuk anda lawati. Hal ini kerana, selain kawasannya masih dilindungi, trek pendakiannya ditahap yang "mudah".

Disini ada pelbagai jenis trek yang menuju ke lain-lain tempat tetapi antara trek yang paling popular ialah trek yang menghala ke jurang laut, yang mana anda boleh melihat 'Sea Stack' dan permukaan kawasan disekitarnya yang amat unik dan menarik. 

Selain itu, jika anda bernasib baik, anda akan terserempak dengan pelbagai jenis spesis yang mendiami kawasan tersebut seperti Probosis monkey, ular, burung enggang, dan pelbagai lagi. Jalan masuk utama ke sini ialah melalui Jeti di Kampung Bako.


Jika anda mengambil pakej kami, jangan risau kerana semua perbelanjaan dan perjalanan anda sudah termasuk dalam pakej. 

4. Lawatan Ke Gua Pari dan Gua Angin.



Antara tempat yang kurang mendapat perhatian daripada pengunjung tempatan, Gua Pari atau "Fairy Cave" dan Gua Angin "Wind Cave" terletak di daerah Bau, menghala ke Serikin. Kedua-dua buah gua ini mempunyai keunikan dan tarikan masing-masing.

Sebagai contohnya, gua pari ini sangat terkenal oleh pengemar sukan lasak kerana sering menjadi lokasi bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti "wall climbing". Selain itu, kawasan sekitarnya yang ditumbuhi pelbagai tumbuhan hijau menyebabkan sekitar gua ini nampak menarik dan cantik.

Anda boleh berkunjung kesini sekiranya anda berminat, dan tiket masuk yang dikenakan juga tidak mahal sekitar RM3.00 untuk warganegara Malaysia dan Rm5.00 untuk pelancong luar.



5. Lawatan Ke Galeri Brooke @ Fort Magherita


Bagi anda yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah pemerintahan James Brooke di Sarawak, lokasi ini amat sesuai untuk dikunjungi. Keunikannya bukan sahaja anda dapat melihat seni bina tinggalan era Brooke tetapi terdapat pelbagai koleksi dan sejarah tentang Sarawak dan James Brooke.

Tiket masuk yang dikenakan ialah Rm15.00 sahaja. Anda boleh meneroka galeri setinggi 3 tingkat dan naik ke puncak kubu ini untuk melihat sekitar bandaraya Kuching, Sarawak. Jaminan saya anda pasti akan berpuas hati.

Seandainya anda telah tiba disini, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke kawasan lawatan yang terdekat seperti Laman Orkid DBKU, ASTANA, dan Jambatan Darul Hana ya.


6. Bergambar Di Tugu Kucing Dan White Big Cat Statue.


Tidak apa perlu dikatakan lagi. Sekiranya anda datang ke Kuching tetapi tidak bergambar di dua tugu ini, maka tidak lengkaplah percutian anda ke Kuching. Jadi jangan lepaskan peluang ya.


7. Membeli Belah Di Sekitar Kuching.


Membeli belah atau "Shopping" merupakan aktiviti paling wajib. Betul tak? Macam mana kami tahu? Sebab kami sering membawa mereka seperti anda. Okey, disekitar bandaraya Kuching, terdapat banyak tempat untuk membeli belah. 

Anda boleh melihat pasu Sarawak yang cantik dan menarik di Sarawak Pottery Factory, dan anda boleh mencari cendera hati yang menarik dan cantik di sekitar Main Bazaar dan Indian Pedestrian Street.




Selain itu, anda juga boleh pergi ke Shopping Mall yang terdekat yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berbaloi.

Kesimpulannya, anda sudah pasti tidak mampu memenuhi 3-4 hari sahaja di Kuching, Sarawak. Anda perlu mengambil masa yang lama untuk menikmati segala keunikan, keindahan serta panorama yang terdapat di Kuching, Sarawak. In Sha Allah, kami akan kongsikan lagi sekiranya mempunyai masa ya. Jangan risau kerana masih banyak aktiviti yang belum kami cerita dan nyatakan.

Bagaimana kami tahu? Kerana kami juga Pengembara seperti Anda!!!

Jom Pergi Melancong.

KHAIMAL Travel And Tours (Borneo) Sdn. Bhd. (1268706-T)
Lot 1.16, Aras 1, Plaza Aurora,
Lot 16, Section 30, KTLD, Jalan Mcdougall
93000 Kuching, Sarawak.


Sebarang pertanyaan, tempahan atau maklum balas boleh terus hubungi kami di talian 019 7143934 
(Mohamad Fikri Bin Zainol Majid) atau emel ke khaimaltravelandtours@gmail.com

Like, Share dan Follow Facebook page kami https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial/

Saturday 19 May 2018

KUCHING HOLIDAY By KHAIMAL Travel And Tours Borneo

=============================
PROMOSI... PROMOSI...PROMOSI
=============================



Jaminan 100% Tiada GST 6% Untuk Semua Rakyat MALAYSIA Tercinta !!!
Kuching, Sarawak Holiday Package.

 3D2N RM550/Pax
 4D3N RM750/Pax

Daily Transfer :

Dolphin Cruise At Santubong : RM220/Pax

Bako National Park + Sea Stack : RM120/Pax

Kubah National Park (Waterfall) : RM100/Pax

Sarawak Cultural Village : RM120/Pax

Semenggoh Orang Utan + Jong Crocodile : RM80/Pax

Kuching City View + Sarawak River Cruise FREE Gallery Brooke : RM150/Pax

Jom Lepaskan Segala Bebanan Dan Tekanan Yang Selama Ini Menganggu Fikiran Dengan Melancong Ke Bumi Kenyalang Yang Penuh Dengan Tradisi Dan Budaya Menarik.

Kami Tawarkan Kepada Anda Beberapa Jaminan Seperti Berikut :

😉 Tiada GST Ataupun Caj Tersembunyi.
.
😉 Jadual Perjalanan Yang Teratur Serta Lawatan Ke Tempat Yang Menarik Dan Bersejarah.
.
😉 Layanan ISTIMEWA Dan MESRA Seperti Keluarga.
.
😉 Makanan Yang SEDAP Dan HALAL.
.
😉 Tempat Penginapan Yang SELESA Serta Lokasi Yang STRATEGIK.

INI JAMINAN KAMI ATAU ANDA BERHAK MENGHUKUM KAMI DENGAN UBAH PERGI KEPADA SYARIKAT PELANCONGAN LAIN...

Jadi Apa TUNGGU Lagi ???

TEMPAH SEKARANG... TEMPAH SEKARANG...

Klik Link Dibawah Dan Whatsapp Kami :
📲 wasap.my/60143335451
.
📲 wasap.my/60143335451
.
📲 wasap.my/60143335451

ATAU Hubungi Kami Di Talian HOTLINE Kami :

📲 019 714 3939 (Mohamad Fikri Zainol Majid)

* Harga Terhad Bagi 10 Pax Dan Ke Atas Sahaja Dan Tertakluk Pada Terma Dan Syara

KHAIMAL TRAVEL AND TOURS BORNEO SDN. BHD.
Lot 1.16, Level 1 Plaza Aurora 
Lot 16, Section 30, KTLD, Jln McDougall, 
93000 Kuching, Sarawak

"SESUNGGUHNYA KEPUASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI"

Jangan Lupa Like, Share Dan Invite Rakan-Rakan Anda Untuk Lawati Page Kami  https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial/