Saturday 13 January 2018

[TRAVELOG] KEUNIKAN GUA ANGIN & GUA PARI DI KUCHING, SARAWAK

Hai, ada yang tanya saya, mereka ni gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah ke gua-gua. Jadi mereka tanya saya disini ada tak gua-gua atau tempat yang sesuai untuk aktiviti mereka. Jawapan saya, YA! Memang ada. Jom baca artikel yang saya sediakan dibawah ya :

1. Gua Pari "Fairy Cave"


Fairy Cave atau turut dikenali sebagai Gua Pari, terletak dikawasan bekas tapak perlombongan emas di daerah Bau iaitu lebih kurang 40km daripada Bandaraya Kuching. Ia juga merupakan bekas kubu yang dibina oleh tentera Jepun semasa pendudukannya pada tahun 1941. Tentara Jepun membina kubu ini untuk mempertahankan diri mereka dari serangan musuh tetapi kemudian meninggalkan mereka setelah perang tamat. Walaupun jauh lebih kecil daripada gua yang terdapat di Niah dan Mulu, Gua Pari mempunyai pesona, keunikannya, serta tarikannya yang tersendiri.

Gua Pari memiliki lubang gua yang mana membenarkan cahaya matahari untuk menembusi kedalam gua. Hal ini menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan dapat hidup dan tumbuh didalamnya dan menjadikan ia semakin menarik untuk dilawati. Dibuka pada Isnin hingga Ahad dan pada cuti umum bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Bayaran masuk yang dikenakan ialah : 

Warganegara Malaysia:
* Percuma bagi kanak-kanak dan Orang kelainan upaya (OKU) 
* RM1.00 Dewasa

Bukan Warganegara Malaysia
* Percuma bagi Kanak-kanak 6 Tahun Kebawah
* RM2.00 Kanak-kanak 7-18 Tahun
* RM3.00 Orang Kelainan Upaya (OKU)
* RM5.00 Dewasa






Sebelum balik jangan lupa untuk mengabadikan segala kenangan anda dihadapan pintu masuk gua dan sekitarnya ya.





2. Gua Angin "Wind Cave"

Gua Angin merupakan gua semulajadi yang terletak berhampiran Pekan Bau iaitu lebih kurang 40 kilometer atau lebih kurang 40-45 minit dari Bandaraya Kuching. Lokasinay terletak berhampiran dengan Sungai Sarawak. Ia dikenali sebagai Gua Angin, kerana terowong didalam gua tersebut merupakan laluan keluar masuk angin daripada pintu gua ke satu pintu gua yang lain.

Didalam gua ini akan berpeluang untuk melihat pelbagai jenis bentuk batuan, stalagmit dan juga stalagtit yang dipercayai telah terbentuk hampir 60 juta tahun yang lalu. Didalam gua ini juga anda berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan seperti kelawar, burung layang-layang dan pelbagai lagi. Anda dinasihati untuk membawa lampu suluh "torch light" dan memakai kasut yang sesuai kerana keadaan didalamnya agak gelap dan licin.


Bayaran masuk yang dikenakan ialah sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Anda juga boleh menyewa lampu suluh sekiranya anda tidak memiliki lampu suluh sendiri dengan kadar RM5.00 seunit.

Jika anda bernasib baik anda mungkin akan terserempak dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat dikawasan gua tersebut. Macam saya, semasa trip membawa pelancong daripada Singapura, kehadiran kami disambut oleh seekor ular daun berwarna hijau atau "oriental whip snake".



Jangan lupa ambil sebanyak mungkin gambar sepanjang anda berada disini sebagai kenangan ya!.




Okey. Dah nak balikkan. Selepas selesai menjelajah ke gua-gua ini, dalam perjalan pulang jangan lupa yang singgah di Tasik Biru, Bau. Disini akan berpeluang untuk melihat sendiri dan merasai serta menikmati keindahan tasik yang kebiruan yang juga merupakan bekas tapak lombong emas pada satu ketika dahulu.



Akhir sekali, anda juga boleh berhenti untuk menikmati juadah dan pemandangan pasar malam di "Siniawan Night Market". Saya tidak cadangkan untuk anda makan disini tetapi anda boleh melihat keindahan sebuah tapak pasar malam yang berlangsung dideretan bangunan kedai lama dan bersejarah. Sangat unik, itu yang dapat saya gambarkan. Beroperasi hanya pada hari Jumaat sehingga Ahad bermula jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam sahaja. 





Okey. Sekian sahaja untuk kali ini. Sekiranya anda nak tahu lebih banyak info dan tempat perlancongan atau sedang mencari penyedia pakej yang terbaik sila lawati page facebook kami https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial ya.

Google Site : https://g.co/kgs/a7CS3Z
🏢KHAIMAL TRAVEL & TOURS SDN BHD

🏣(1237072-V) (KPK/LN: 8734) (MA5466)
📲TEL NO : +60197143934 









Anda Sedang Mencari Kereta Sewa Di Kuching, Sarawak ???
Like, Share & Follow Page Facebook https://www.facebook.com/KhaimalCarRentalKuching/
Tempah Sekarang Di : www.khaimalcarrental.com






No comments:

Post a Comment