Wednesday 24 January 2018

TIPS UNTUK ANDA YANG AKAN BERCUTI KE LUAR NEGARA BUAT KALI PERTAMA.

Anda sudah mempunyai perancangan untuk bercuti "Travelling" ke luar negara? Jika ini merupakan kali pertama anda akan keluar negara, sudah pasti anda akan khuatir tentang beberapa perkara. Pelbagai persoalan akan timbul tentang keperluan, apa yang harus dipersiapkan dan sebagainya. Jangan bimbang!!! Jom lihat 6 tips yang kami sediakan untuk membantu anda membuat persiapan  dan merancang perjalanan anda ke luar negara .

1.Menguruskan Passport Dan Visa. 


Passport merupakan dokumen yang paling penting yang harus anda sediakan. Hal ini kerana, passport ini merupakan 'kunci' akses anda untuk memasuki mana-mana negara yang akan anda lawati. Passport sangat diperlukan mulai saat anda  menempah tiket kapal terbang sehingga sewaktu akan 'check in' dihotel penginapan. Selain itum pastikan segala dokumen penting anda seperti kad pengenalan, dan lain-lain diurus dengan baik agar tidak tertinggal, sebaiknya buat salinan kesemua dokumen penting anda.

Jika anda ingin bercuti ke negara disekitar Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, dan Thailand anda tidak perlu risau tentang visa melainkan anda ingin bercuti ke negara-negara yang memerlukan visa seperti Eropah, Australia, Jepun dan lain-lain.

2. Menempah Hotel Penginapan.


Buat tempahan awal untuk penginapan anda ditempat yang akan anda lawati. Sebaiknya, buat 'survey' terlebih dahulu tentang harga, lokasi, keselamatan dan keselesaan hotel penginapan tersebut. Sekarang tidak susah lagi kerana terdapat pelbagai aplikasi tempahan secara atas talian yang menawarkan tempahan bilik penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang mampu milik.

Beberapa negara juga mewajibkan anda untuk menyatakan alamat tempat anda menginap selama anda pergi bercuti sebagai syarat untuk mengeluarkan Visa.

3. Tukar Wang Negara Yang Anda Lawati


Hal ini juga sangat penting bagi anda yang perlu anda lakukan sebelum pergi bercuti. Buat tukaran awal di negara anda dan carilah money changer atau pengurup wang yang berlesen dan yang terbaik. Hal ini bagi memastikan anda tidak terkejar-kejar dan tercari-cari dimana hendak menukar duit setelah anda tiba dinegara yang anda lawati dan ia juga dapat mengurankan risiko anda ditipu oleh pihak tertentu.

4. Siapkan Itinerary Perjalanan



Namapun kali pertama anda akan pergi bercutikan. Maka, itinerary ini sangat penting untuk anda sediakan, kerana untuk merancang perjalanan dan aktiviti anda semasa sedang bercuti, contohnya masa dan tempat yang anda akan lawati. Selain itu, anda juga boleh merancang pengangkutan yang perlu anda ambil dan harga tiket ke tempat lawatan sekiranya anda mempunyai itinerary perjalan yang terbaik. hal ini sudah pasti akan membantu anda sepanjang percutian anda serta dapat menjimatkan masa dan wang ringgit.

5.Kenali Negara Yang Anda Akan Lawati.


Penting untuk anda mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang negara yang akan anda lawati contohnya budaya mereka, bahasa yang digunakan, cuaca, dan sebagainya. Hal ini kerana selain memudahkan anda ia juga dapat membantu anda dalam sebarang urusan khususnya untuk berkomunikasi dan menghormati masyarakat setempat.

Contohnya, sekiranya anda berkunjung ke sesebuah negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam, maka anda perlu tahu apakah budaya dan cara hidup mereka. hal ini sudah pasti akan membantu anda sepanjang percutian anda berlangsung.

6. Bawa Barangan Penting Sahaja.


Ingat ya. Anda hanya pergi untuk melancong sahaja, bukan untuk berpindah rumah. Maka tidak perlulah anda membawa barangan yang keterlaluan. Packing barangan yang diperlukan sahaja. Cukup dan memadai untuk membawa pakaian yang mencukupi sahaja selain barangan keperluan peribadi seperti alat mandi, alatan untuk mengecas telefon bimbit dan sebagainya.

Sebaiknya, elakkan untuk membawa barang-barang yang terdedah kepada risiko jenayah seperti barangan kemas, alatan eletronik yang keterlaluan dan sebagainya. Bawa sahaja yang anda perlu dan yang anda rasakan perlu digunakan sahaja.

Okey. Cukup setakat ini sahaja kali ini. In Sha Allah kami akan kongsikan lagi tip-tip lain khas untuk anda ya. In Sha Allah.


Mohamad Fikri Bin Zainol Majid

Kongsikan Jika Bermanfaat. Jangan Lupa Ya Like, Share dan Follow Page Facebook Kami https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial

Anda Sedang Mencari Kereta Untuk Disewa Di Kuching, Sarawak? Sila Like dan Follow Page Facebook Kami  https://www.facebook.com/KhaimalCarRentalKuching/

Baca Juga Pakej Percutian Yang Kami Tawarkan : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=191212021463361&id=157301168187780


No comments:

Post a Comment