Tuesday 2 January 2018

10 HOTEL YANG TERBAIK UNTUK ANDA MENGINAP SEPANJANG BERADA DI KUCHING, SARAWAK.

Penginapan, sudah semestinya menjadi satu perkara yang penting dalam sesebuah perancangan sebelum anda ingin pergi bercuti. Sudah pasti anda akan mencari hotel yang murah, lokasi yang memudahkan anda untuk akses ke sesuatu tempat dengan mudah, selamat dan selesa. Betul tak?

Okey. Hari ini kami ingin berkongsi 10 hotel yang anda boleh survey ya sekiranya ingin berkunjung ke Kuching, Sarawak.



1, Grand Supreme Hotel, Kuching.



Terletak di Lot 395, Jalan Ban Hock. Hotel ini menyediakan pelbagai jenis bilik penginapan  yang selesa dengan kadar yang mampu milik. Turut tersedia dengan sarapan pagi hotel ini amat sesuai bagi mereka yang mencari hotel bajet di Kuching. Anda boleh layari laman web hotel www.grandsupreme atau terus hubungi mereka ditalian 082-255155.

Makanan tidak susah untuk dicari kerana berhampiran bangunan hotel terdapat beberapa jenis restoren seperti Sharing Planet, Lepau, Dan Annuar Steamboat.

2.Tune Hotel Kuching Waterfront



Hotel ini sangat sinonim dengan jenama Air Asia jika anda perasan. terletak di Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman. Hotel ini terletak betul-betul dihadapan Hotel Hilton Kuching. Turut menyediakan beberapa jenis bilik penginapan dengan kadar yang berbeza. Hotel ini menyediakan sarapan pagi dalam bentuk pre-packed.

Lokasi yang agak menarik kerana betul-betul berdekatan dengan tebingan sungai Kuching (Kuching Waterfront). Sebarang tempahan atau pertanyaan anda boleh layaru laman web mereka www.tunehotels.com atau hubungi mereka ditalian 08-2238221.

3.Harbour View Hotel, Kuching


Terletak di Lorong Temple berdekatan dengan bangunan Tua Pek Kong dan juga Main Bazaar. Hotel ini berada di kedudukan yang strategik. Anda boleh layari laman web www.harbourview.com.my atau menghubungi mereka ditalian 082-274666 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

4. Hotel Grand Continental Kuching


Hotel ini terletak di Lot 42, Seksyen 46, Jalan Ban Hock, berdekatan dengan hotel Grand Supreme. Merupakan rangkaian hotel yang terdapat diseluruh Malaysia dan kadar sewa satu malam juga agak berbaloi termasuk dengan pakej sarapan pagi.

Anda boleh layari laman web www.ghihotels.com.my atau menghubungi mereka ditalian 082-230399 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.

5. Dormani Hotel Kuching



Hotel ini terletak di Lot 68, Jalan Datuk Ajibah Abol berhampiran dengan Masjid Lama Kuching. Mempunyai pelbagai pilihan bilik mengikut kategori dengan kadar yang berbaloi termasuk pakej sarapan pagi. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus menghubungi hotel ditalian 082-241111.

6. Imperial Riverbank Hotel Kuching


Antara hotel yang menarik kerana kedudukannya yang terletak betul-betul di tengah Bandaraya Kuching dan memiliki pemandangan menarik menghadap tebingan sungai Kuching (Kuching Waterfront). Beralamat di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching. Berdekatan dengan tugu  kuching (Cat Statue) yang menjadi ikon bandaraya ini.

7. Imperial Hotel Kuching


Merupakan rangkaian hotelyang sama dengan Imperial Riverbank Hotel cuma lokasinya berbeza. Imperial Hotel terletak di Jalan Datuk Tawi Sli iaitu berhampiran dengan Kompleks Beli Belah Boulevard Kuching. Dikategori sebagai hotel 5 bintang sudah pasti memberi bayangan kemudahan dan servis yang berkelas antarabangsa.

Anda boleh layari laman web www.imperialhotelkuching.com.my atau menhubungi mereka ditalian 082-588999 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

8. Merdeka Palace Hotel & Suites



Merupakan hotel pilihan saya kerana selain daripada fasiliti dan perkhidmatan yang baik, hotel ini turut menyediakan buffet sarapan pagi yang pebagai dan enak bersesuaian dengan kos yang telah dibayar oleh para pelanggan. Terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg iaitu berhadapan dengan Padang Merdeka.

Hotel ini mempunyai dua (2) segmen kemudahan iaitu bilik hotel biasa dan aparment yang sesuai sekiranya anda datang dalam keluarga atau kumpulan yang ramai. Anda boleh layari www.merdekapalace.com.

9. Riverside Majestic Hotel, Kuching


10. Grand Magherita Hotel, Kuching


Antara hotel yang popular di Kuching, kedua-dua rangkaian hotel ini menawarkan kualiti perkhidmatan serta kemudahan yang sangat baik. Terletak betul-betul di tengah bandaraya Kuching, hotel ini menyajikan pemandangan sekitar bandaraya Kuching dan tebingan sungai Kuching (Kuching Waterfront).

Memiliki katergori bilik penginapan yang perbagai bermula dengan kadar sewa yang paling minimum sehingga untuk yang ekslusif termasuk buffet sarapan pagi yang pasti anda tidak akan lepaskan.


Kesimpulannya, 10 jenis hotel ini adalah hotel penginapan yang mana telah dicuba sendiri oleh saya dan rata-rata saya sangat berpuas hati dengan mutu perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Anda juga boleh mendapatkan penginapan ini sekiranya anda memilih sebarang pakej lawatan ke Kuching, Sarawak bersama KHAIMAL Travel And Tours Sdn. Bhd.

Anda boleh lihat senarai pakej dan harga dengan melayari facebook page kami ya : https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial  atau emel kami di fikrimajid.khaimaltravel@gmail.com .

Okey, Selamat Membaca. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment